Sejarah



Kejohanan Futsal 1 GIATMARA ini merupakan sinambungan daripada Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor yang dianjurkan oleh Kelab Futsal GIATMARA Selangor pada setiap tahun bermula 2007. Kejohanan Futsal GIATMARA Selangor melibatkan penyertaan daripada anggota kerja dan pelatih GIATMARA seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sambutan yang menggalakkan terhadap penyertaan kejohanan membuatkan pada tahun 2010, kategori veteran telah dipertandingkan. Sempena sambutan ke 25 tahun GIATMARA, Kelab Futsal GIATMARA Selangor mengadakan Kejohanan Futsal 1 GIATMARA 2011 pada tahun ini.