Kaedah & Peraturan



KAEDAH PERTANDINGAN
1. Pertandingan akan dijalankan secara:

a. Liga Berkumpulan ( 5 pasukan setiap kumpulan )
b. Pusingan Suku Akhir – Kalah Mati
c. Separuh Akhir – Kalah Mati
d. Pertandingan Akhir

2. Dibahagikan kepada TIGA (3) Kumpulan bagi setiap kategori. Setiap Kumpulan terdiri daripada LIMA (5) pasukan yang ditentukan melalui undian.

3. Penyertaan pasukan adalah EMPAT BELAS (14) pasukan negeri dan SATU (1) pasukan ibu pejabat. 

4.  Johan, Naib Johan kumpulan LAYAK secara Automatik ke peringkat kalah mati manakala 2 lagi tempat akan diisi oleh 2 pasukan tempat ketiga terbaik dikalangan ketiga-tiga kumpulan iaitu A,B dan C.

5. Jangkamasa perlawanan ialah 15 minit untuk semua peringkat, (7½ minit + 7½ minit) kecuali untuk perlawanan separuh akhir dan akhir jangkamasa perlawanan ialah 20 minit (10 minit + 10 minit).

6. Untuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, sekiranya keputusan seri, maka penalti seramai 3 orang akan dijalankan dan berterusan sehingga keputusan diperolehi.

7. Jadual dan Format Perlawanan di setiap pusingan akan diagihkan semasa mesyuarat PGN Bil.4 (1/2011) diadakan. Penentuan tempat di pusingan pertama akan ditentukan secara cabutan undi oleh Ketua Kontingen pada mesyuarat PGN Bil.4 (1/2011) diatas.

8. Tiga (3) mata akan diberikan kepada pemenang, satu (1) mata bagi seri dan tiada mata bagi kalah. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain bagi sesuatu perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi tiga (3) mata penuh dengan jaringan dua (2) gol kosong.

9. Setelah tamat semua perlawanan pada peringkat Liga, samada dua, tiga Pasukan atau lebih didapati memperolehi bilangan mata yang sama,maka perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu Pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol ‘Masuk” dengan jaringan gol “Kena”. 

10. Jika perbezaan golnya sama pula, maka Pasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. 

11. Jika terdapat seri juga Pasukan yang telah memenangi perlawanan yang terbanyak dalam pertandingan peringkat liga akan diistiharkan sebagai berjaya mara ke perlawanan yang seterusnya. 

12. Jika masih, seri, maka penentuan melalui tendangan penalti dilakukan.
PERATURAN UMUM

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Semua keputusan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.

PERATURAN TAMBAHAN

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran pertandingan.

KELAYAKAN PESERTA

Terbuka kepada warga kerja GIATMARA, KUG, MARA dan IPMa seluruh negeri.

PENDAFTARAN PEMAIN

1 Pasukan yang telah diterima untuk menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar seramai 8 orang pemain termasuk pemain simpanan (5 pemain dan 3 simpanan).

2. Setiap pasukan/pemain yang berdaftar hendaklah sanggup dan bersedia untuk bermain lebih dari satu perlawanan pada satu hari.

3. Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, dan hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

4. Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang keduadua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.

5. Untuk memulakan permainan bilangan minimum pemain untuk satu pasukan ialah lima orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan.

6. Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

7. Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan:-

  1. Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.
  2. Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.
  3. Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan pengadil samada memanggil atau tidak untuk bermain.
  4. Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke gelanggang, di mana ketika ia menjadi pemain dan pemain yang diganti tidak lagi di anggap pemain.

8. Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu. (menggunakan warna jersi yang berlainan).

9.  Pemain-pemain kontrak yang berdaftar dengan Liga Perdana FAM atau Piala Presiden tidak dibenarkan mengambil bahagian di Kejohanan ini. 

10. Sesiapa yang pernah menjalani hukuman Rasuah Bola Sepak tidak dibenarkan terlibat di dalam kejohanan ini.

11.  Pengurus dibenarkan didaftarkan sebagai pemain.